real estate menu left
real estate menu right
Keterangan & Nilai PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 02 January 2012 22:30

 

1.            ANUGERAH PENGAJARAN CEMERLANG (APC)

 

1.1           Pengiktirafan ini diberikan sebagai menghargai jasa ahli akademik yang telah menonjolkan kecemerlangan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sebagai satu penghargaan oleh Universiti kepada ahli akademik yang telah menunjukkan usaha dan komitmen dalam membentuk pelajar menjadi lebih cemerlang dan bersifat holistik.

 

1.2           Anugerah ini terbahagi kepada tiga (3) kelompok iaitu:

 

KELOMPOK

FAKULTI

Kejuruteraan

 

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA)

 

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA)

 

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE)

 

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

 

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)

 

Sains Gunaan

 

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP)

 

Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI)

 

Sastera/ Sastera Gunaan & Sains Sosial / Sains Sosial Gunaan

 

Fakulti Teknologi (FTEK)

 

Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK)

 

1.3           Seorang pemenang sahaja akan dipilih bagi setiap kelompok yang dipertandingkan.

 

1.4           Nilai Anugerah Pengajaran Cemerlang adalah sebanyak RM5,000 bagi setiap pemenang. Selain itu, pemenang akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata iringan berbentuk trofi.

 

1.5           Pemenang juga boleh dicalonkan untuk Anugerah Akademik Negara dalam kategori Anugerah Pengajaran (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi)

 


Utama | Hubungi kami | Penafian


Paparan terbaik adalah dengan resolusi 1024 x 768 menggunakan


1IE 7.0, 4Safari 4.0, 3Opera 10.0 atau 2 Firefox 3.0

* Hakcipta Terpelihara � 2008 - 2011 CAIC, Universiti Malaysia Pahang

 

PUSAT INOVASI & DAYA SAING AKADEMIK

Lebuhraya Tun Razak, 26300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur,
MALAYSIA

3 Tel: +609-549 2085 | 1 Faks: +609-549 2089