CAIC - Official Portal

LATARBELAKANG

AAU 2016

Anugerah Akademik Univerisiti merupakan anugerah berprestij yang memberikan pengiktirafan kepada ahli akademik yang asalnya terdiri daripada kategori berikut :

Anugerah Pengajaran Cemerlang (terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kejuruteraan, Sains Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)
 Anugerah Inovasi – Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)
 Anugerah Inovasi – E Pembelajaran

Anugerah ini telah dimulakan pada tahun 2009 melalui Anugerah Pensyarah Cemerlang bagi menghargai jasa ahli akademik yang telah menonjolkan kecemerlangan dan kreativiti dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Ia juga sebagai satu penghargaan oleh universiti kepada ahli akademik yang telah menunjukkan usaha dan komitmen dalam membentuk pelajar menjadi cemerlang dan bersifat holistik.

Pihak CAIC telah menerima beberapa maklumbalas daripada panel juri mahupun staf akademik sendiri tentang pelaksanaan anugerah ini. Maka, keperluan untuk menyemak kembali pelaksanaan program ini adalah signifikan agar ianya relevan dan memenuhi konteks Anugerah Akademik Negara.3 siri bengkel telah diadakan bagi menambahbaikan anugerah ini iaitu pada 12 Januari 2016, 10 Jun 2016 dan 10 Ogos 2016

Kertas kerja cadangan penambahbaikan telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Akademik (JPPA) Kali ke 66 bil 8/ 2016 pada 8 November 2016 dan diluluskan di dalam Mesyuarat Senat kali ke 130 bil 11/2016 untuk diadakan 2 (dua) anugerah sahaja untuk tahun 2016 iaitu :

Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.

JUSTIFIKASI

Penambahbaikan pada anugerah ini dilakukan dengan tujuan untuk :

o Meluaskan lagi skop dan penghargaan kepada staf akademik UMP dalam bidang pengajaran dan pembelajaran setelah penganjuran memasuki edisi ke 7.

o Pemenang AAU bakal menjadi calon UMP ke anugerah yang lebih berprestij di luar UMP seperti Anugerah Akademik Negara. Maka semakan semula kriteria AAU perlu dilakukan agar dapat menyediakan calon-calon ini ke anugerah tersebut.

o Memberikan galakan dan rangsangan kepada ahli akademik untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan Universiti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi tugas pengajaran, penyeliaan, pembelajaran dan lain-lain lagi seterusnya meningkatkan motivasi ahli akademik mencari pendekatan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran.